Thursday, November 12, 2009

Lawatan Kerja dan Penanda Aras Memperkasakan Sekolah KRK Negeri Johor


Pada 7 hingga 9 November 2009, Lawatan Kerja dan Penanda Aras Memperkasakan Sekolah KRK Negeri Johor ke SMK Lembah Bidong dan SMK Mak Lagam Terengganu yang merupakan dua buah sekolah elit di Terengganu. Seramai 65 orang yang terdiri daripada En. Shamsuddin Bin Haron Penolong Pengarah Projek Khas, Kluster dan SBP,JPNJ, Pengetua-pengetua sekolah KRK negeri Johor, wakli-wakil pengetua dan penyelaras KRK negeri Johor. Dengan lawatan kerja ini, diharapkan dapat memberikan impak kepada kecemerlangan sekolah-sekolah KRK di negeri Johor.

Sunday, November 2, 2008

Karnival KRK dan Perasmian Blog KRK Johor


Karnival KRK peringkat negeri Johor berlabuh tirai pagi tadi. Karnival KRK yang menjadi acara tahunan kali ini bertumpu di Daerah Pontian. Sebanyak 6 acara dipertandingkan iaitu Pidato, Public Speaking, Scrabble, Catur, Nyanyian Lagu Patriotik dan Pantun telah dipertandingkan. SMK Mohd Khalid menghantar 3 orang pelajar mewakili daerah Johor Bahru dalam pertandingan Public Speaking dan Nyanyian Lagu Patriotik. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Sharvini (Public Speaking) yang telah muncul johan kategori perempuan. Tahniah dan syabas juga kepada Amryzad dan Azmira (Nyanyian Lagu Patriotik) yang telah muncul naib johan kategori masing-masing. Secara keseluruhannya Daerah Johor Bahru menunjukkan prestasi yang membanggakan mengatasi peserta dari daerah lain.

Friday, October 31, 2008

KARNIVAL KRK PERINGKAT NEGERI JOHOR

Karnival KRK Peringkat Negeri Johor akan bermula hari ini 31 Oktober 2008 sehingga 02 November 2008. Peserta nyanyian lagu patriotik dari SMK Mohd Khalid iaitu Muhammad Amryzad dan Azmira telah terpilih untuk mewakili daerah Johor Bahru. Peserta Public Speaking dari SMK Mohd Khalid iaitu Sharvini juga telah terpilih untuk menyertai Karnival KRK Peringkat Negeri Johor pada kali ini. Karnival pada kali ini akan dirasmikan oleh Tn. Hj. Sufa'at Bin Tumin, Pengarah Pelajaran Johor.

Wednesday, October 22, 2008

Karnival KRK Daerah Johor Bahru-Lagu Patriotik


Karnival KRK Daerah Johor Bahru, Nyanyian lagu patriotik telah diadakan pada 21 Oktober 2008 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun SMK Mohd Khalid, Johor Bahru. Karnival ini telah disertai oleh 7 orang peserta daripada 5 buah sekolah iaitu SMK Mohd Khalid, SMK Mutiara Rini, SMK (P) Sultan Ibrahim, SMK Bandar Baru Uda dan SMK Dato' Jaafar. Pertandingan ini telah dimenangi oleh kedua-dua peserta tuan rumah iaitu Muhammad Amryzad (tanah pusaka) dan Azmira (perwira). Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan telah disempurnakan oleh En. Nezhan Bin Mohd Esa Pegawai Khas Menengah PPD Johor Bahru. Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dalam menjayakan pertandingan ini.

Saturday, October 18, 2008

Karnival KRK Peringkat Daerah Johor Bahru-Lagu Patriotik

Karnival KRK Peringkat Daerah - Lagu Patriotik akan diadakan pada 21 Oktober 2008 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun SMK Mohd Khalid, Johor Bahru. Pertandingan akan bermula jam 2.30 petang. Peringatan kepada sekolah-sekolah yang mengambil bahagian untuk menyediakan cd minus one sendiri. Sekian untuk makluman dan tindakan.